Assalamu'alaikum..Salam sejahtera untuk semua pengunjung blog..
Dalam post yang pertama ini, saya nak jelaskan tentang bentuk perniagaan secara online yang boleh kita semua jalankan tetapi pastinya mengikut posisi atau kemampuan. Maksudnya, mungkin ada antara kita yang sudah ada produk, jadi pasarkanlah sahaja secara online. Bagi yang tiada produk, anda perlu mereka produk sendiri atau ada cara tertentu untuk anda mendapatkan produk untuk diniagakan secara online.
Terdapat 2 jenis produk iaitu 'produk fizikal' dan 'produk digital'. Produk fizikal merupakan produk yang biasa diniagakan secara langsung/offline seperti pakaian, peralatan dan aksesori. Produk digital pula merupakan produk info/pendedahan maklumat berbentuk 'softcopy'...jadi tak dapatlah dirasa atau disentuh dengan tangan dan kebanyakan pancaindera. Ada 3 jenis 'produk digital' iaitu ebuku @ 'buku elektronik' (dalam bentuk format pdf), Audio dan Video. Penduduk di negara-negara Barat banyak menghasilkan produk digital sebagai alterntif kepada buku dan pita video untuk menghasilkan suatu pendedahan dalam bentuk produk info.
Perniagaan secara online boleh dibahagikan kepada 2 jenis apabila dilihat dari segi platform yang digunakan untuk berniaga menerusi internet.
Pertama: Berniaga Produk Sendiri @ Produk daripada Supplier Secara Online Melalui 'Kedai Online' .
Bagi anda yang sudah ada produk yang sedang diniagakan secara 'offline', bolehlah menjualnya@memasarnya menerusi internet. (Pelbagai medium diinternet sekarang anda boleh gunakan. Antaranya facebook, blog percuma, kedai online, web jualan, lman2 iklan percuma&berbayar, forum2 dsb.). Anda juga boleh menjana pendapatan melalui kemahiran atau hobi yang anda miliki. Kalau anda mahir menjahit baju, mereka barang-barang kreatif untuk hiasan rumah, membuat kihcin dan sebagainya..anda bolehlah membuat produk rekaan anda menjualnya secara online. Malah, anda boleh juga bukukan kejayaan @ kemahiran anda (dengan menjelaskan secara terperinci) dalam bentuk ebuku dan menjualnya secara online.
Bagi yang tiada produk pula, kita boleh dapatkan produk-produk daripada supplier (perlu buat persetujuan, kebenaran dahulu utk. jdi rakan niaga seller) kemudian pasarkan secara online. Pembukaan 'kedai online' dilihat sebagai cara untuk memasarkan barangan dengan tanpa sempadan namun kita tidak akan dapat mencapai matlamat tersebut jika tidak pandai membuat pemasaran dan melihat pada kehendak semasa pengguna. Seperkara lagi yang perlu diambil kira adalah aspek-aspek teknikal. Jadi bagi mereka yang ingin memasarkan produk secara online, rujuklah pada 'mereka yang pakar' untuk mendalami ilmu-ilmu teknikal tentang pembinaan 'kedai online' dan kaedah untuk memasarkan 'kedai online' anda dengan mengikuti kursus atau mendapatkan produk panduan daripada mereka.. :).. Contoh perniagaan seperti ini adalah menjadi Pembekal@Peruncit T- Shirt secara online, Bisnes T-Shirt Printing Online dan Bisnes Printing Online .
Contoh usahawan berjaya yang menjalankan perniagaan jenis ini:
1) Bisnes T-Shirt Printing Online (melalui 'Kedai Online').
Beliau adalah Saudara Hafizi Zain. Beliau yang mampu menjana pendapatan 6 angka sebulan telah mendedahkan kejayaan bisnes DISINI .
2) Bisnes Printing Online (melalui 'Kedai Online')
kalau anda seorang designer atau mahir atau berminat dalam hal tersebut, anda boleh menjalankan secara part time@sepenuh masa Bisnes Printing Online sebagaimana yang telah dijalankan dengan jayanya oleh Tuan Haszoor Muaidi. Beliau berjaya berterusan menjana pendapatan 4angka sebulan dengan bisnes tersebut. Beliau mendedahkan kejayaannya DISINI. Bentuk perniagaan yang mereka berdua jalankan memerlukan supplier namun tidak memerlukan mesin printing malah tidak perlu tahu pun cara printing.
Bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, bolehlah menjadi agen penjual atau 'dropshipper' kepada pembekal-pembekal T-shirt online. Konsep dropshipper adalah kita menjadi penjual sesuatu produk daripada pembekal produk tersebut setelah mendapat kebenaran mereka. Kita akan mendapat keuntungan dengan menjual dengan harga pasaran manakala mendapatkan barangan daripada pembekal dengan harga yang murah. Dalam situasi di Malaysia, tidak banyak keuntungan dengan menjadi agen dropshipper kerana peratus keuntungannya yang sedikit melainkan jika pandai @ boleh mendapatkan jualan yang banyak.